KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi positif di pasaran tunai pendasar.
Kontrak Februari 2025 dan September 2025 turun 3.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,555.5 manakala Mac 2025 dan Jun 2025 susut 3.0 mata masing-masing kepada 1,562.5 dan 1,567.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5,452 lot daripada 4,749 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 40,322 kontrak daripada 40,220 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.08 mata kepada 1,584.84 daripada paras penutup 1,582.76 pada Isnin.
-- BERNAMA