AM

ISMAIL SABRI MASIH PERLUKAN PEMANTAUAN RAPI DOKTOR

23/02/2025 05:01 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut setiausaha akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim.

“Keadaan beliau (Ismail Sabri) okey cuma tekanan darah turun naik. Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azran Fitri berkata pihak hospital tidak membenarkan Ismail Sabri menerima pelawat kecuali ahli keluarga buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Ahli Parlimen Bera itu dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi semalam.

Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan