DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH PADA SESI AWAL

24/02/2025 10:09 AM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.17 pagi, Februari 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,582.5, Mac 2025 merosot 7.5 mata kepada 1,562.0, Jun 2025 tidak berubah pada 1,574.0 dan September 2025 susut 4.5 mata kepada 1,558.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,294 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,830 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 11.99 mata kepada 1,579.04 selepas 36 minit dagangan.  

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan