DUNIA

XINJIANG BUKA LALUAN PENERBANGAN BERJADUAL PERTAMA KE MALAYSIA

25/02/2025 04:16 PM

URUMQI, 25 Feb (Bernama-CMG) -- Perkhidmatan penerbangan berjadual yang menghubungkan wilayah Xinjiang, China dengan Kuala Lumpur, Malaysia memulakan operasi secara rasmi pada Isnin.

Pembukaan laluan udara baharu itu akan mengurangkan masa perjalanan antara bandar Urumqi dan Kuala Lumpur kepada lapan jam.

Selain menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan kepada pengembara, ia juga berperanan sebagai jambatan bagi memudahkan pertukaran ekonomi dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Dikendali oleh China Southern Airlines menggunakan pesawat Boeing B737-8, perkhidmatan penerbangan itu beroperasi setiap Isnin dan Sabtu di antara Urumqi dan Kuala Lumpur melalui Guangzhou.

Menurut statistik Jabatan Budaya dan Pelancongan Xinjiang, sektor pelancongan inbound di wilayah itu mencatat pertumbuhan pesat dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024 antaranya pengembara dari Malaysia direkod seramai 1.11 juta, meningkat 192.86 peratus tahun ke tahun.

Setakat ini, lapangan terbang Urumqi telah membuka laluan penerbangan antarabangsa ke 20 negara termasuk Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Pakistan, Georgia dan Armenia.

-- BERNAMA-CMG

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan