DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

25/02/2025 07:58 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai. 

Kontrak bulan semerta Februari 2025 turun 13 mata kepada 1,570.50, Mac 2025 susut 14 mata kepada 1,548.00 manakala Jun 2025 dan September 2025 berkurangan 14.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,551.50 dan 1,539.50. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 46,238 lot daripada 22,008 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 88,029 kontrak daripada 58,959 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 16.22 mata atau 1.02 peratus kepada 1,568.03  daripada 1,584.25 pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan