AM

BANJIR DI SABAH PULIH SEPENUHNYA

15/03/2025 10:43 AM

KOTA KINABALU, 15 Mac (Bernama) -- Banjir di Sabah pulih dan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS terakhir iaitu Dewan DSP Dun Banir telah ditutup pada 9 pagi ini.

"Kesemua tujuh orang daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan