POLITIK

GOBIND SINGH RAIH UNDI TERTINGGI PADA PEMILIHAN CEC DAP 2025

16/03/2025 08:58 PM

SHAH ALAM, 16 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini.

Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi; Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi); dan Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP Desmond Tan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini. 

 

Berikut adalah senarai 30 ahli CEC untuk penggal 2025-2028: 

1.⁠ ⁠Gobind Singh Deo (2,785)

2.⁠ ⁠Chong Chieng Jen (2,631)

3.⁠ ⁠Teo Nie Ching (2,585)

4.⁠ ⁠Ng Suee Lim (2,563)

5.⁠ ⁠Anthony Loke Siew Fook (2,508)

6.⁠ ⁠Yeo Bee Yin (2,503)

7.⁠ ⁠Ng Sze Han (2,437)

8.⁠ ⁠Khok Poay Tiong (2,390)

9.⁠ ⁠Chan Foong Hin (2,362)

10.⁠ ⁠Wong Kah Woh (2,265)

11.⁠ ⁠Steven Sim Chee Keong (2,262)

12.⁠ ⁠Vivian Wong Shir Yee (2,244)

13.⁠ ⁠Nga Kor Ming (2,215)

14.⁠ ⁠Lee Chin Chen (2,172)

15.⁠ ⁠Hannah Yeoh Tseow Suan (2,169)

16.⁠ ⁠Alice Lau Kiong Yieng (2,165)

17.⁠ ⁠Liow Cai Tung (2,139)

18.⁠ ⁠Teo Kok Seong (2,107)

19.⁠ ⁠Chow Kon Yeow (2,101)

20.⁠ ⁠Syahredzan Johan (2,065)

21.⁠ ⁠Young Syefura Othman (1,943)

22.⁠ ⁠Liew Chin Tong (1,929)

23.⁠ ⁠Ramkarpal Singh Karpal Singh (1,917)

24.⁠ ⁠Arul Kumar Jambunathan (1,747)

25.⁠ ⁠Kasthuriraani Patto (1,722)

26.⁠ ⁠Lim Guan Eng (1,719)

27.⁠ ⁠Lee Chuan How (Howard) (1,703)

28.⁠ ⁠Wong Shu Qi (1,655)

28.⁠ ⁠Tan Hong Pin (1,585)

30.⁠ ⁠Ngeh Koo Ham (1,584)

-- BERNAMA 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan