KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengenai laporan Kolokium Isu Identiti di Sabah: Merapatkan Realiti dan Pemangkin Perubahan.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan Pesuruhjaya Suhakam Sabah Datuk Mariati Robert menyampaikan taklimat itu semasa kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini.
“Kolokium itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada November tahun lepas. Ia membincangkan keadaan orang tanpa kerakyatan di Sabah dan tindakan daripada perspektif hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.
Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh.
-- BERNAMA