AM

HUJAN BERTERUSAN DI EMPAT NEGERI - METMALAYSIA

19/03/2025 02:17 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga esok.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan