KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.22 pagi, Mac 2025 naik setengah mata kepada 1,500.50, April 2025 mendatar pada 1,502.50, Jun 2025 berkurangan 1.5 mata kepada 1,503.50 dan September 2025 merosot 2.0 mata kepada 1,490.
Jumlah dagangan sebanyak 2,116 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,861 kontrak.
FBM KLCI meningkat 2.66 mata kepada 1,508.11 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas selepas 49 minit dagangan.
-- BERNAMA