KOTA KINABALU, 25 Mac (Bernama) -- Banjir di Sabah pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Beaufort ditutup hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Selagon ditutup selepas 138 orang daripada 41 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.
"PPS ditutup setelah pemantauan di lapangan menunjukan situasi selamat untuk penduduk pulang ke rumah masing-masing," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA