KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini walaupun terdapat momentum positif di pasaran emas Comex Amerika Syarikat.
Semasa penutup, kontrak Mac 2025 turun kepada US$3,022.20 satu auns troy daripada US$3,023.90 satu auns troy yang dicatatkan pada Selasa, manakala April 2025 susut kepada US$3,032.0 satu auns troy berbanding US$3,033.70 sebelum ini.
Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$3,042.0 satu auns troy daripada US $3,043.70 semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 48 lot daripada 27 lot, manakala kepentingan terbuka naik kepada 131 kontrak daripada 93 kontrak.
Berdasarkan kepada penetapan, London Bullion Market Association (LBMA) pada 25 Mac, emas fizikal berharga US$3,025.20 satu auns troy.
-- BERNAMA