AM

PERKHIDMATAN BOT, FERI MALAYSIA-THAILAND DITUTUP PADA 1 SYAWAL - IMIGRESEN KELANTAN

27/03/2025 05:00 PM

KOTA BHARU, 27 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan bot tambang dan feri Malaysia-Thailand ditutup pada Syawal pertama bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Jabatan Imigresen Kelantan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan itu akan kembali beroperasi keesokannya, iaitu pada 2 Syawal bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain, seperti pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dan ICQS Bukit Bunga,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan