KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, secara kebiasaannya, Ahad adalah waktu berehat namun Seri Paduka Baginda menjalankan tugas rasmi di pejabat di Istana Negara.
“Seawal 7 pagi, Seri Paduka Baginda menerima menghadap pegawai-pegawai kanan Istana Negara sebelum menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut catatan itu.
-- BERNAMA