DUNIA

EKSPO DUNIA 2025: PAVILION CHINA PAPAR KONSEP PEMBANGUNAN HIJAU

08/04/2025 05:05 PM

BEIJING, 8 April (Bernama-CMG) -- Pavilion China yang bakal dirasmikan sempena Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun akan memperkenalkan budaya, teknologi dan konsep pembangunan China kepada pengunjung.

Dengan reka bentuk unik yang menerapkan elemen budaya China, pavilion seluas kira-kira 3,500 meter persegi itu memaparkan kebijaksanaan China dalam menjaga kelestarian ekologi, pencapaian diraihnya dalam mewujudkan pembangunan hijau pada era baharu, serta visi ke arah membina komuniti kehidupan antara manusia dan alam semula jadi.

Dilengkapi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), pavilion China menjanjikan pengalaman interaktif yang cukup menarik buat pengunjung.

Selain karya klasik yang dipertontonkan secara digital, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan sampel tanah yang diambil dari sisi jauh bulan dan menonton video kru Shenzhou-19 yang bertugas di stesen angkasa lepas.

Difahamkan, Ekspo Dunia 2025 akan berlangsung di Osaka bermula 13 April hingga 13 Oktober.

-- BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan