DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

14/04/2025 07:28 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan prestasi mantap dalam pendasar pasaran tunai.

April 2005 serta Mei 2025 meningkat 31.5 mata kepada 1,479.5 dan 1,478.0. Jun 2025 memperoleh 32.0 mata kepada 1,475.0, September 2025 pula naik 30.5 mata kepada 1,460.5.

Jumlah dagangan jatuh kepada 8,272 lot daripada 11,855 lot yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 44,541 kontrak berbanding 47,008 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok sebanyak 26.10 mata kepada 1,480.86 daripada 1,454.76.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan