AM

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI HINGGA TENGAH HARI INI

20/04/2025 11:04 AM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama)  -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Selangor iaitu daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling serta Kuala Langat.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda Melaka membabitkan Alor Gajah dan Melaka Tengah.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan