AM

METMALAYSIA UJI SIREN AMARAN AWAL TSUNAMI DI BATU FERRINGHI ESOK

22/04/2025 07:30 PM

GEORGE TOWN, 22 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi esok.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan ujian itu akan diadakan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan