EKONOMI

KADAR JANGKA PENDEK DIJANGKA KEKAL KUKUH DISOKONG OPERASI BNM

24/04/2025 10:48 AM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.62 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu bernilai RM3.1 bilion untuk lapan hari, RM1.5 bilion bagi 32 hari, serta dua tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk lapan hari dan RM350 million bagi 91 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM22.3 bilion.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan