NIBONG TEBAL, 26 April (Bernama) -- Polis sedang mengesan dua lelaki Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Butterworth, pada 5 hingga 7 Mei depan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar dalam kenyataan berkata mereka ialah Than Htut Aung, 48, dan Than Htut, 47, masing-masing memiliki pasport bernombor MC970548 dan MC871691.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mereka menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nazrul Hisham Musa menerusi talian 01156655560 atau mana-mana balik polis berhampiran.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan