DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

08/05/2025 08:38 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah seiring dengan prestasi pasaran tunai yang lemah.

Kontrak Mei 2025 susut 6.5 mata kepada 1,538.5, Jun 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,537.5, September 2025 turun 2.5 mata kepada 1,524.0 dan Disember 2025 berkurang 3.5 mata kepada 1,533.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,458 lot daripada 4,344 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,679 kontrak daripada 36,250 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 0.46 peratus atau 7.16 mata kepada 1,542.74 daripada 1,549.90 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan