DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI TINGGI DALAM DAGANGAN AWAL

09/05/2025 10:20 AM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.20 pagi, Mei 2025 naik 7.0 mata kepada 1,545.50, Jun 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,543.0, September 2025 menambah 5.0 mata kepada 1,527.0 dan Disember 2025 naik 4.0 mata kepada 1,534.00.

Jumlah dagangan sebanyak 869 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,735 kontrak.

Pada 9.20 pagi, indeks asas FBM KLCI meningkat 4.08 mata kepada 1,546.82 daripada 1,542.74 semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan