JENAYAH & MAHKAMAH

WANITA MAUT, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KOTA BHARU

14/05/2025 10:47 PM

KOTA BHARU, 14 Mei (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala dua cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Azhar Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.01 malam ini, sebelum mengarahkan lapan anggota bergegas ke lokasi kemalangan.

"Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki dan Proton Exora yang dinaiki oleh lima beranak. 

"Seorang wanita di dalam Proton Exora meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dan tiga lagi mangsa termasuk pemandu kereta Honda City hanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan