AM

BELANJAWAN MADANI 2026 CERMIN HALA TUJU NEGARA - PM ANWAR

08/10/2025 04:44 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2026 kepada editor media di kementerian berkenaan di Putrajaya hari ini. 

“Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang. Justeru, saya tegaskan, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.

“Insya-Allah, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan MADANI Keempat pada Jumaat ini, dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat Jumaat ini sekali gus menandakan permulaan hala tuju baharu bagi pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan