AM

GANGGUAN BEKALAN KUASA DI LANDASAN ANTARA STESEN UNIVERSITI DAN STESEN ABDULLAH HUKUM

09/10/2025 07:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan tren Rapid KL bagi laluan Kelana Jaya sedang mengalami gangguan bekalan kuasa di landasan antara Stesen Universiti dan Stesen Abdullah Hukum. 

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan. 

“Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan iaitu tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Taman Jaya; tren perantara antara Stesen Taman Jaya (Platform 2) ke Bangsar (Platform 2) dan tren dari Gombak akan berpatah balik di Bangsar,” menurut kenyataan itu. 

Rapid Rail turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua penumpang. 

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan