KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari Khamis, menjejaki keuntungan emas COMEX selepas logam berharga itu mencecah rekod tertinggi di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin memanas dan dolar US yang lebih lemah.
Kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat kepada US$4,048.70 setiap auns troy daripada US$ 4,047.10 yang dicatatkan semalam, manakala kontrak November 2025 menurun kepada US$4,064.90 daripada US$4,065.30 dan Disember 2025 naik kepada US$4,080.0 daripada US$4,097.80 setiap auns troy sebelum ini.
Kontrak Januari 2026 menokok kepada US$4,097.0 setiap auns troy berbanding US$4,096.80 semalam, manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya diselesaikan lebih tinggi pada US$4,113.90 daripada US$4,113.70 setiap auns troy.
Jumlah dagangan bertambah kepada 580 lot daripada 294 lot yang disaksikan semasa Rabu, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 626 kontrak daripada 343.
Emas fizikal berada pada US$4,040.05 setiap auns troy berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Associations pada 8 Okt 2025.
-- BERNAMA