AM

PRN SABAH KE-17: SPR ADAKAN MESYUARAT KHAS DI KINABALU KHAMIS INI

13/10/2025 09:19 PM

KOTA KINABALU, 13 Okt (Bernama) -- Mesyuarat khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini pada Khamis ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu Nota Kepada Pengarang hari ini memaklumkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada pukul 10 pagi, diikuti sidang media yang dijadual berlangsung pada 11 pagi.

"Semua wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis ini," menurut kenyataan itu.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan