AM

MESYUARAT KHAS SPR HARI INI TENTUKAN TARIKH PENTING PRN SABAH KE-17

16/10/2025 08:28 AM

KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.

Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.

Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan