KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Permohonan bagi Program Dharma MADANI Tahun 2025 akan dibuka mulai esok hingga 3 Nov ini, menurut Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
MITRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan program itu akan dikendalikan oleh agensi berkenaan dan semua rumah ibadat Hindu di seluruh negara dijemput mengemukakan permohonan.
“Pemohon disarankan untuk merujuk Garis Panduan Permohonan Program Dharma MADANI bagi memastikan setiap permohonan lengkap dan memenuhi syarat ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Program Dharma MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memberikan bantuan sekali beri sebanyak RM20 juta kepada 1,000 rumah ibadat Hindu di seluruh negara yang mana setiap kuil akan menerima RM20,000.
Maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi MITRA (www.mitra.gov.my) serta platform media sosial rasmi Facebook MITRA.
-- BERNAMA