AM

RIBUT PETIR DIRAMAL LANDA TERENGGANU, SARAWAK, SABAH DAN WP LABUAN HINGGA 7 MALAM

26/10/2025 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Terengganu, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Terengganu adalah Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit, Song serta Bukit Mabong.

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort serta Tawau.

Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kencang, yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan