AM

AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP BURUK DI LABUAN, SABAH HINGGA ESOK

04/11/2025 04:21 PM

KOTA KINABALU, 4 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

“Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan berkuat kuasa hingga esok melibatkan dua kawasan di pedalaman Sabah, iaitu di Sipitang dan Kudat.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan