KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan ralat malam ini memaklumkan jumlah calon bertanding mewakili Parti Perjuangan Rakyat (PR) pada PRN ke-17 adalah seramai enam orang dan bukannya lima.
Terdahulu, Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon memaklumkan seorang calon Pejuang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan iaitu Lasius Miki.
SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 Nov dan hari pengundian pada 29 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
