KOTA KINABALU, 16 Nov (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kapayan Datuk Jannie Lasimbang meneruskan tinjauan mesra hari ini, sebagai manifestasi komitmen berterusan beliau terhadap penglibatan akar umbi.
Beliau bermula di Kapayan Square untuk bertemu peniaga, keluarga dan pemilik perniagaan setempat.
“Turut hadir memberikan sokongan kuat ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong serta calon N19 Likas Ginger Phoong,” menurut kenyataan dikeluarkan PH hari ini.
Jannie seterusnya ke Kg Ganang untuk sesi ceramah dan dialog dengan penduduk serta dijadualkan menghadiri makan malam bersama-sama Loke di ITCC Grand Ballroom selepas itu.
Jannie, penyandang DUN Kapayan berdepan persaingan 12 penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 Nov manakala pengundian awal pada 25 Nov.
Untuk berita terkini tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
| PENCALONAN/NOMINATION - SABAH | ||||||||||||||||||||||||
| N25: KAPAYAN: SABAH: 49,597 | ||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||
| (2020: Datuk Jannie Lasimbang: Warisan Plus-DAP: Maj: 13,163) | ||||||||||||||||||||||||
| -- BERNAMA |
