DUNIA

45 JEMAAH INDIA MAUT DALAM KEMALANGAN BAS DI ARAB SAUDI

18/11/2025 10:52 AM

NEW DELHI, 18 Nov (Bernama-Anadolu) -- Seramai 45 jemaah India maut selepas bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi memetik pegawai pada Isnin.

Kejadian berlaku di Madinah dan bas berkenaan membawa warganegara India, menurut pihak berkuasa.

“Seramai 45 orang terkorban dan hanya seorang terselamat dan kini dirawat di hospital,” kata pegawai kanan polis negeri Telangana di selatan India, V.C. Sajjanar, kepada pemberita.

Perdana Menteri India Narendra Modi menerusi platform X menyatakan beliau “sangat sedih” dengan kejadian itu. 

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Saya berdoa agar semua yang cedera segera sembuh,” katanya.

Modi berkata Kedutaan India di Riyadh dan Konsulat di Jeddah sedang memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan.

“Pegawai kami turut berhubung rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan