Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan pada hari sama kejadian, kira-kira 10 pagi.
“Penahanan dilakukan di lokasi pasar berkenaan selepas mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 33 tahun, menyedari tindakan suspek sebelum dibantu orang awam menahannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek direman 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan termasuk mendapatkan laporan analisis kandungan telefon bimbit yang dirampas.
Katanya hasil siasatan mendapati dua video dirakam suspek di tempat kejadian.
Baru-baru ini, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki ditahan oleh orang awam kerana dipercayai merakam video tidak senonoh melibatkan seorang wanita di tempat awam.
-- BERNAMA
