AM

TAMAN GULLEMARD VIEW DITUTUP SEMENTARA KERANA HAKISAN SUNGAI

27/11/2025 11:40 AM

KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) -- Kawasan pelancongan Taman Gullemard View di Kusial, Tanah Merah yang terletak di tebing Sungai Kelantan ditutup sementara kepada pengunjung berikutan kejadian hakisan cerun sungai.

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) memaklumkan bahawa penutupan itu berkuat kuasa semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Penutupan ini sebagai langkah keselamatan berikutan cerun sungai mengalami hakisan dan kini dalam tindakan MDTM. 

"Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung dan penduduk setempat,” menurut kenyataan itu.

MDTM turut menghargai kerjasama semua pihak dalam mematuhi arahan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di kawasan terbabit.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan