KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama-Xinhua) -- Majoriti rakyat Malaysia percaya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 akan membawa manfaat ketara kepada negara, menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, lapor Xinhua.
Pusat penyelidikan itu dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa golongan muda Malaysia berusia antara 18 hingga 34 tahun merupakan kumpulan paling positif, dengan 66 peratus percaya sidang kemuncak berkenaan akan membawa kepada perjanjian perdagangan yang menguntungkan dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Tinjauan itu juga menunjukkan 61 peratus memandang positif sidang kemuncak tersebut dan 50 peratus percaya keputusan yang dibuat pada sidang kemuncak itu akan memberi kesan kepada mereka.
Bagaimanapun, hanya 38 peratus percaya kerjasama ekonomi ASEAN akan mengurangkan kos sara hidup harian.
Berhubung keutamaan ASEAN, 44 peratus responden menyenaraikan pengurangan kos sara hidup di rantau ini sebagai keutamaan utama mereka, diikuti rapat oleh penyediaan peluang pekerjaan pada 41 peratus.
Usaha bersepadu memerangi penipuan dan jenayah dipilih sebanyak sembilan peratus, manakala isu perubahan iklim serta alam sekitar berada di kedudukan paling rendah pada satu peratus.
Malaysia baru-baru ini menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dari 26 hingga 28 Okt di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA-XINHUA
