AM

AGONG DIPERSEMBAH TAKLIMAT KOMPREHENSIF SITUASI BANJIR, TAHAP HAKISAN PANTAI

03/12/2025 02:39 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat komprehensif mengenai situasi semasa banjir, tahap hakisan pantai serta perkembangan projek tebatan banjir di seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat itu dipersembahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Mohamad Radzi Abdul Talib di Istana Negara, hari ini.

Hadir sama Pengarah JPS Johor Muhammad Zaki Mashud. 

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan kebenaran penggunaan tanah milik Seri Paduka Baginda kepada JPS untuk pembinaan kolam takungan banjir bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor.

Seri Paduka Baginda bertitah keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan utama dalam setiap usaha pengurusan bencana.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan