SUKAN

SUKAN SEA 2025: BERITA RINGKAS 14 DIS

14/12/2025 02:51 PM

BANGKOK, 14 Dis (Bernama) -- Berikut ringkasan perkembangan atlet Malaysia yang beraksi pada Sukan SEA Thailand 2025 hari ini:

 

WUSHU

 

Atlet wushu negara, Clement Ting meraih pingat gangsa dalam acara Acara Changquan–Daoshu–Gunshu lelaki selepas mencatat jumlah keseluruhan 29.238 mata pada saingan yang berlangsung di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, di sini.

Clement memperoleh 9.766 mata dalam Changquan, 9.706 mata bagi Daoshu dan 9.766 mata dalam Gunshu.

Pingat emas dimenangi atlet Indonesia, Marvelo Edgar Xavier dengan jumlah 29.349 mata, manakala rakan senegaranya, Siregar Seraf Naro, membawa pulang pingat perak selepas mengumpul 29.246 mata.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan