KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 merosot 3.0 mata kepada 1,641.0, Januari 2026 turun 3.5 mata kepada 1,644.0, manakala kontrak Mac dan Jun 2026 masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,628.50 dan 1,631.50.
Jumlah dagangan menurun kepada 7,550 lot daripada 7,689 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka pula meningkat kepada 45,096 kontrak daripada 44,290 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 6.87 mata atau 0.42 peratus, kepada 1,641.44 daripada 1,648.31 ketika ditutup Selasa.
-- BERNAMA
