DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI, SEIRING KENAIKAN DI BURSA KOMODITI NEW YORK

18/12/2025 08:39 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Kontrak bagi serahan bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,332.30 daripada US$4,329.90 setiap auns troy pada Rabu serta Januari 2026 naik kepada US$4,349.60 daripada US$4,347.20 setiap auns troy.

Februari 2026 menokok kepada US$4,364.50 daripada US$4,362.70 setiap auns troy manakala Mac 2026 meningkat kepada US$4,381.20 daripada US$4,379.40 setiap auns troy semalam.

Kontrak untuk serahan pada April 2026 dan Jun 2026 juga ditutup tinggi pada US$4,399.20 berbanding US$4,397.90 setiap auns troy pada Rabu.

Jumlah dagangan melonjak kepada 114 lot berbanding 18 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 171 kontrak daripada 78 kontrak.

Emas fizikal diniagakan pada US$4,342.10 setiap auns troy, berdasarkan penetapan harga petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 17 Dis, 2025.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan