KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 10 mata kepada 1,673.5, Januari 2026 naik 9.0 mata kepada 1,679.0, Mac 2026 bertambah 8.5 mata kepada 1,663.5, manakala Jun 2026 menokok 9.0 mata kepada 1,667.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 39,353 lot daripada 20,477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 76,499 kontrak daripada 58,090 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata atau 0.10 peratus kepada 1,678.31 daripada 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
