DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

24/12/2025 10:15 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Rabu, berikutan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah memberikan sokongan meskipun terdapat sentimen bercampur-campur dalam pasaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata permintaan untuk MSM kekal tidak menentu di tengah-tengah kelemahan bermusim, yang memberi kesan kepada harga pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,950 setan dan paras rintangan pada RM4,130 setan,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 susut RM1 kepada RM4,029 setan, manakala Mac 2026 meningkat RM1 kepada RM4,037 setan.

Bagaimanapun, kontrak Januari 2026, April 2026, Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing kekal tidak berubah pada RM4,010, RM4,036, RM4,028 dan RM4,012 setan.

Jumlah dagangan menurun kepada 57,393 lot daripada 80,764 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 262,197 kontrak daripada 266,837 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan susut RM20 kepada RM4,010 setan.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Disember 2025 sempena cuti umum Hari Krismas dan akan beroperasi semula pada 26 Disember.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan