Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Jumaat dalam persekitaran jumlah permintaan eksport kukuh, kata seorang peniaga minyak sawait David Ng.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,180 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,350 setan metrik ,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan JanuarI 2026 naik RM50 kepada RM4,060 satu tan, Februari 2026 menambah RM53 kepada RM4,082 setan dan Mac 2026 meningkat RM52 kepada RM4,089 satu tan.
Jumlah dagangan turun kepada 50,937 lot daripada 57,393 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 257,694 kontrak daripada 262,197 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat RM70 kepada RM4,080 satu tan metrik.
-- BERNAMA
