LUSAKA, 16 Jan (Bernama-Xinhua) -- Jumlah kes mpox yang disahkan di Zambia meningkat kepada 367 orang sejak wabak penyakit itu bermula pada Oktober 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Elijah Muchima berkata semua kes itu direkodkan daripada lebih 2,000 kes disyaki yang disahkan di 46 daerah merentasi sembilan daripada 10 wilayah negara itu.
“Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penamatan mpox sebagai di peringkat antarabangsa, penyakit ini belum lenyap dan usaha tindak balas masih diteruskan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media.
Zambia merekodkan kes mpox pertamanya pada Oktober 2024 dan setakat ini negara di selatan Afrika itu melaporkan tiga kematian berkaitan mpox.
Sementara itu, jumlah kumulatif kes taun mencecah 639 sejak wabak baharu dilaporkan pada Ogos 2025.
Sebanyak 10 kematian direkodkan, manakala 614 pesakit pulih, seramai 17 individu masih dirawat di hospital di Lusaka, ibu negara Zambia, ketika langkah pencegahan dipertingkatkan, kata menteri itu.
Muchima berkata penyakit itu dilaporkan di 17 daerah merentasi tujuh wilayah, dengan kebanyakan kes datang dari bahagian utara negara itu.
Zambia pernah mengalami wabak taun terburuk antara Oktober 2023 dan Julai 2024, dengan lebih 23,000 kes dan lebih 700 kematian direkodkan.
--BERNAMA-XINHUA
