KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.20 petang ini memaklumkan ribut petir dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta Kuala Lumpur.
Amaran itu turut melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak serta Cameron Highlands di Pahang.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya), manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
-- BERNAMA
