AM

RAJA PERMAISURI AGONG BERAMAH MESRA BERSAMA PELANCONG DI PINTU MASUK ISTANA NEGARA

01/02/2026 01:05 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kumpulan pelancong di pintu masuk utama Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah berkenan turun daripada kenderaan dan meluangkan masa beramah mesra sewaktu dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

Seri Paduka Baginda turut berkenan bersalaman dengan lebih 100 pelancong dari pelbagai negara sebelum meneruskan perjalanan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan