JENAYAH & MAHKAMAH

WARGA EMAS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH BERKUNCI

01/02/2026 06:29 PM

IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Marisa, Taiping hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada polis pada 1.42 tengah hari. 

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan terdapat wanita berusia 83 tahun ditemukan di ruang tamu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping ditamatkan pada 2.25 petang selepas mayat diserahkan kepada polis.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan