JENAYAH & MAHKAMAH

LELAKI BANGLADESH DITAHAN MILIKI SENJATA API TIRUAN

03/02/2026 09:18 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh selepas ditemukan memiliki sepucuk senjata api tiruan dalam satu serbuan di Razak City Residence, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam tangkapan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pihaknya turut merampas senjata api tiruan jenama HK VP9 SK 9mmX19 bersama satu kelopak peluru daripada suspek.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif pemilikan senjata berkenaan, dan suspek yang berumur 30 tahun dan tidak bekerja itu kini direman selama empat hari hingga 6 Feb ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan