KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika Penha yang bergerak ke arah barat pada kelajuan 25 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 1,065km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.
Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5 petang tadi adalah di latitud 8.6 utara dan longitud 127.4 timur, kira-kira 250km ke Timur Laut Davao, Filipina.
-- BERNAMA
